The East Asia Plant Variety Protection Forum 5 Januari 2011 Forum Perlindungan Kepelbagaian Tumbuhan Asia Timur Panduan menangkap gambar untuk ujian DUS C 2011 Ministry of Agriculture, Forestry and Fisheries
Isi kandungan mukasurat 1 Tujuan menangkap gambar ketika ujian DUS 3 (1)Mengapa gambar itu penting untuk ujian DUS? 3 (2)Kegunaan gambar 3 2 Perkara asas untuk menangkap gambar. 4 (1)Jenis digital kamera 4 (2)Fungsi kamera, kegunaan asas dan cara penggambaran 4 (3)Asas teknik penggambaran 7 3 Teknik penggambaran(panduan praktikal) 10 (1)Gambar yang menjelaskan sifat baka dan kadar pertumbuhan 10 (2)Gambar yang menjelaskan DUS 11 (3)Perkara penting semasa menangkap gambar 13 4 Lain-lain kes komposisi tanaman 15 (1)Contoh komposisi biasa. 15 (2)Contoh komposisi yang menjelaskan pengkelasan 24
1 Tujuan menangkap gambar ketika ujian DUS Gambar yang di tangkap semasa ujian dus menerangkan maklumat penting mengenai sifat baka, kadar pertumbuhan dan DUS. Oleh sebab itu, gambar yang mudah difaham, mudah dibanding dan jelas diperlukan. (1)Mengapa gambar itu penting untuk ujian DUS? Gambar yang diambil semasa ujian DUS akan dilampirkan didalam laporan ujian DUS sebagai pengukuhan untuk lebih memahami kadar pertumbuhan dan sifat baka. Dengan melampirkan gambar-gambar yang sesuai di dalam laporan, kualiti laporan ditingkatkan sekaligus dapat membantu dalam meningkatkan kualiti ujian. (2)Kegunaan gambar 1)Laporan Ujian DUS Gambar-gambar yang dilampirkan didalam laporan ujian DUS mestilah menjadi gambar gambar yang menjelaskan sifat baka dalam kertas kenyataan baka. 2)Himpunan data gambar baka-baka Gambar-gambar yang dilampirkan didalam laporan ujian DUS akan di susun sebagai data yang membolehkan perbezaan ujian dan perbezaan baka disemak. Ini diperlukan supaya ianya mudah digunakan semula dalam laporan ujian seterusnya. 3)Pemilihan baka yang berbeza. 2)Data gambar yang telah di susun mungkin akan digunakan dalam pemilihan baka yang berbeza dari baka aplikasi. 4)Lain-lain Juga digunakan dalam pembuatan dokumen manual ujian sifat-sifat dan bukti dalam kenyataan bantahan. - 3 -
2 Perkara asas untuk menangkap gambar. (1)Jenis digital kamera Terdapat kamera dalam digital kamera yang mampu menangkap gambar penuh seperti kamera SLR dan kamera kompak yang kecil. Perbezaan antara dua jenis kamera ini adalah samada boleh atau tidak boleh untuk menukar lensa berdasarkan keperluan pengambaran. Termasuk juga perbezaan keberkesanan lensa dan elemen imej serta nisbah aspek gambar. 1)Kamera SLR Lensa boleh ditukar berdasarkan situasi penggambaran dan boleh diset dengan lebih terperinci. Walau bagaimanapun, saiz kamera lebih besar dan kurang dari segi portablitasi jika dibandingkan dengan kamera kompak. 2)kamera kompak Lebih dari segi portabilitasi walaupun lensa tidak boleh ditukar dan tidak boleh diset dengan lebih terperinci. Jika dibandingkan dengan kamera SLR, oleh kerana elemen penggambaran ( CCD atau CMOS) lebih kecil, terdapat kekurangan pada kualiti gambar. Tetapi kini ada model yang mempunyai elemen penggambaran yang lebih tinggi berbanding model sebelumnya dan terdapat juga model yang boleh diset dengan lebih terperinci dan mempunyai fungsi yang lebih tinggi dalam pasaran. Gambar yang dilampirkan dalam ujian DUS adalah gambar yang tidak dirapikan dan tiada perubahan aspek. (2)Fungsi kamera, kegunaan asas dan cara penggambaran Jurugambar mestilah memahami fungsi kamera dan cara menggunakannya. Jurugambar mestilah menangkap gambar yang sesuai dengan laporan ujian dengan konfigurasi yang sesuai bergantung kepada suasana penggambaran. 1)Resolusi rekod dan kadar mampatan Mestilah menilai resolusi rekod, kadar mampatan, bergantung kepada cara penggunaan data gambar yang ditangkap (cetakan, import ke pengkalan data, sirkulasi dengan computer dan lain-lain) tetapi tertakluk kepada keputusan penilaian oleh pihak ujian. Di Jepun, resolusi gambar adalah lebih kurang 1600x1200, kadar mampatan adalah fine, ditetapkan bergantung kepada output cetakan ke laporan, pengujian pada skrin komputer, upload ke pengkalan data dan lain-lain. 2)Sensitiviti ISO Sekiranya sensitiviti ISO adalah pada sensitiviti tinggi, kebaikannya adalah dapat menangkap gambar di dalam gelap tetapi dengan kemunculan noise. Oleh kerana itu, sensitiviti ISO asas untuk penggambaran gambar untuk ujian DUS adalah yang paling rendah. Tetapi, sekiranya tidak mendapat laju pengatup yang mencukupi di tempat yang gelap, penggambaran boleh dilakukan dengan sensitiviti ISO dinaikkan selagi gangguan noise tidak muncul.. - 4 -
3)Mod penggambaran Mod penggambaran bagi kamera dalam menangkap gambar bagi ujian DUS adalah mod P (mod program) atau mod A (mod apertur diutamakan) dimana imbang putih dan lain-lain boleh diset dengan terperinci tanpa menggunakan mod AUTO. Mod P:Mod penggambaran yang memilih apertur dan laju pengatup yang sesuai dengan automatik bergantung kepada kecerahan. Mod A:Mod penggambaran dengan apertur yang ditetapkan dimana laju pengatup dipilih secara automatik bergantung kepada kecerahan. Penggambaran dengan Mod A (mod apertur diutamakan) Melalui penggambaran apertur dengan mod A( Nombor F ditinggikan), kadar kedalaman medan yang lebih dalam boleh diperolehi, lingkungan kawasan penggambaran lebih dalam tetapi oleh kerana kekurangan cahaya, laju pengatup akan lebih lambat dan kadar gangguan dari gegaran tangan meningkat. Dengan penggambaran apertur, kamera perlu di letakkan diatas tripod atau platfom penggambaran tetapi, dengan kamera yang mempunyai fungsi yang lebih tinggi, sensitiviti ISO boleh ditingkatkan tanpa gangguan noise dan laju pengatup akan menjadi lebih pantas. Sehubungan dengan itu, nilai maksimum dan minimum bagi nombor apertur berbeza mengikut lensa kamera. F:2.0 Keadaan focus yang sesuai pada bunga F:8.0 Keadaan focus yang jauh lebih dalam dari bunga 4)Mod Makro Dalam ujian DUS terdapat banyak kemungkinan untuk menangkap gambar subjek kecil, seperti gambar bunga yang telah didegradasi. Mod makro digunakan dalam menangkap gambar subjek kecil. Melalui mod makro, jarak penggambaran adalah berbeza mengikut model kamera tetapi, secara umumnya, mod makro digunakan sekiranya subjek lebih dekat dari 50cm. - 5 -
Herotan Herotan adalah fenomena apabila kamera dengan lensa sudut luas mendekati subjek, ruang di sekeliling gambar terherot. Herotan boleh dicegahi dengan penggambaran tele-foto.. Disebabkan sisi sudut luas kamera mendekati subjek, keadaan pembaris kelihatan bengkok Disebabkan sisi tele-foto kamera mendekati subjek, keadaan pembaris kelihatan lurus. 5)Zoom Dalam penggunaan zoom, hanya zoom optikal digunakan. Ini kerana zoom digital menggunakan perisian komputer untuk memperbesarkan imej asal, secara tidak langsung menyebabkan degredasi pada kualiti imej asal. 6)Jenis pengukuran optikal dan pembetulan dedahan cahaya Dalam kebanyakan kes kamera digital, apabila pengatup ditekan separuh, kamera akan berada dalam keadaan [AF/AE Lock](keadaan fokus dan dedahan cahaya dikunci). Konfigurasi permulaan bagi kebanyakan kamera menetapkan dedahan cahaya berdasarkan purata kuantiti cahaya pada seluruh skrin. Dalam ujian DUS, kerap gambar bunga diutamakan untuk tangkap tetapi, apabila focus diletakkan pada bunga, terdapat gelinciran dalam dedahan cahaya disebabkan oleh perbezaan warna bunga.(keseluruhan gambar menjadi gelap atau terang disebabkan oleh warna bunga (dedahan kurang, dedahan lebih)) Dalam kes ini, tukar pengukuran cahaya di hadapan subjek. Ini lebih mendekati kuantiti cahaya yang sesuai, dan dedahan yang sesuai dan betul akan diperolehi dengan pembetulan dedahan cahaya. Sehubungan dengan itu, ruang kesesuaian adalah lebih besar apabila kecerahan (nombor F) lensa kamera yang digunakan adalah lebih kecil. - 6 -
7)Imbang putih. Dalam ujian DUS, konfigurasi imbang putih adalah yang terpenting. Sekiranya sumber cahaya dan suhu cahaya yang sesuai tidak diset, penghasilan semula warna yang betul dan sesuai tidak boleh diharapkan. Walau bagaimanapun, dengan ujian DUS, perubahan sumber cahaya dan suhu warna kawasan penggambaran (kawasan luar yang cerah, kawasan luar yang mendung, bayang, kawasan dalaman, lampu floresen dan lain-lain) menjadi konfigurasi imbang putih yang sesuai. Dalam konfigurasi imbang putih, 18% Gray card kegunaan kursus ditetapkan dengan kertas putih biasa. Sekiranya kertas putis khusus untuk tetapan imbang putih digunakan, kertas dari jenis yang sama sahaja digunakan. Sekiranya imbang putih tidak sesuai, keseluruhan warna gambar akan dipengaruhi. Sesuai Tidak sesuai 8)Pancaran cahaya Semasa penggambaran, adalah lebih digalakkan untuk menangkap gambar dalam keadaan yang tidak memerlukan pancaran cahaya tetapi, sekiranya terpaksa digunakan, perlu digunakan dengan perhatian pada bayang dan pantulan cahaya. Dalam laporan ujian gambar yang menggunakan ujian cahaya hendaklah dijelaskan. (3)Asas teknik penggambaran 1)Pencegahan gegaran tangan Untuk mencegah gegaran tangan, adalah disyorkan untuk menetapkan kamera menggunakan tripod atau platform penggambaran semasa penggambaran. Sekiranya tiada tripod dan platform penggambaran, ruang sisi lengan hendaklah dirapatkan dengan kuat dan berhati-hati supaya tiada gegaran tangan dihasilkan. Malah, untuk menetapkan tubuh, bangunan dan lain-lain berkesan sekiranya digunakan sebagai sokongan semasa penggambaran. Kamera hendaklah ditetapkan sekiranya laju pengatup dibawah 1/100. 2)Subjek Subjek yang dipilih hendaklah segar dan menjadi model mencerminkan sifat-sifat baka. Secara asasnya, semasa penggambaran bahan ujian, perbezaan antara gambar dan keputusan ujian adalah sedikit tetapi, oleh kerana ujian dan penggambaran sukar dilakukan serentak, menjadi kebiasaan untuk memilih semula bahan ujian sebagai subjek. Walaupun dari baka yang sama, perbezaan sifat baka antara bahan selalunya biasa dilihat tetapi, elak dua yang terlalu jelas, pilih subjek dari bahan yang menunjukkan sifat baka dengan baik. - 7 -
3)Komposisi A.Konsistensi komposisi Dengan menjadai konsistensi komposisi gambar dari Ujian DUS, perbandingan antara baka akan menjadi lebih mudah di masa hadapan. Oleh itu, komposisi di hadapan baka tumbuhan ditetapkan jika diperlukan dan sepatutnya dipertimbangkan supaya kesukaran perbandingan akibat perubahan komposisi tidak berlaku. B.Tajuk Gambar yang dilampirkan dalam laporan ujian DUS hendaklah disertakan dengan tajuk. Perkataan berkaitan tumbuhan yang digunakan dalam tajuk hendaklah merujuk kepada perkataan berkaitan tumbuhan dalam format ujian. C.Tarikh penggambaran Tarikh gambar diambil hendaklah ditulis pada gambar yang dilampirkan di dalam laporan ujian DUS. Sekiranya ia muncul pada gambar, pertimbangkan posisi cetakan dan waspada susun atur gambar. D.Label nama baka Label nama baka hendaklah turut ditangkap didalam gambar. Pertimbangkan kestabilan dengan saiz subjek dan gunakan label nama baka dengan saiz yang sesuai. E.Kestabilan subjek Aspek tegak dan lebar gambar ditetapkan dengan mempertimbangkan saize dan bentuk subjek. Walaupun gambar yang besar bagi subjek yang menonjol diharapkan, perlu berwaspada agar subjek tidak terpotong. F.Skala Panjang skala diubah mengikut pertimbangan terhadap kestabilan dan saiz subjek. Sekiranya tiada skala, gunakan pengukur. G.Penggunaan carta warna (CASMATCH) untuk pembetulan imej Carta warna untuk pembetulan imej (CASMATCH) disyorkan untuk berada dalam gambar sekiranya boleh didapati. Di Jepun, komposisi termasuk karakter berkenaan warna di masukkan didalam CASMATCH. Dengan memasukkan CASMATCH, sekiranya syarat pencahayaan subjek berbeza, pembetulan warna ke tahap tertentu boleh dilakukan dengan perisian komputer. Tetapi, dalam ujian DUS biasa, kesesuaian penampilan warna gambar dinilai dari penampilan warna CASMATCH. CASMATCH digunaka dalam perubatan terutamanya untuk mengesan kawasan jangkitan dan pemerhatian kesan perubatan. Oleh itu, lazim digunakan untuk membetulkan warna ke tahap tertentu dengan menggunakan persisian komputer H.Latar Belakang Latar belakang biasnya tanpa tanah, warna yang digunakan adalah warna segar atau kehitaman, samada dari jenis kertas atau jenis kain. Sekiranya tiada latar belakang khas untuk penggambaran, cukup dengan tanpa tanah, gunakan dinding bangunan atau permukaan konkrit Sekiranya komposisi yang sama digunakan semasa - 8 -
penggambaran, warna latar belakang hendaklah turut sama. I.Lain-lain Untuk penggambaran subjek tidak stabil yang dalam keadaan tetap(statik), sediakan peralatan kecil, penyepit dan lain-lain terlebih dahulu. 4)Kawasan penggambaran Adalah digalakkan agar kawasan penggambaran adalah kawasan tetap yang tersusun rapi. Contohnya, sekiranya mempunyai fasiliti khas untuk penggambaran, gunakan platfom penggambaran yang menggunakan lampu floresen khas untuk penggambaran (copy stand). Oleh kerana kamera dan alat pencahayaan akan digunakan, pengguna yang mempunyai peralatan berat perlu distabilkan untuk kemudahan penggunaan. Pencahayaan adalah lampu floresen khas untuk penggambaran. Dengan menyediakan platfom penggambaran (copy stand), penggambaran boleh dilakukan dalam kawasan yang tetap. A.Perhatian untuk penggambaran di kawasan dalaman. Berhati-hati terhadap lokasi pencahayan, aturan sudut, bayang atau pantulan. Adalah lebih baik untuk lapikkan kertas anti-pantulan cahaya pada papan platfom. B. Perhatian untuk penggambaran di kawasan luaran. Sekiranya penggambaran dilakukan di kawasan luar, jauhi pancaran terus matahari, hati-hati terhadap bayang dan pantulan cahaya, pilih masa bayangan terang atau mendung nipis untuk penggambaran dan lain-lain perkara perlu diusahakan. Walaupun menggunakan tripod atau platform, perlu berhati-hati kerana gegaran akibat pengaruh angin masih boleh berlaku. Pancaran matahari terus Bayangan terang - 9 -
3 Teknik penggambaran(panduan praktikal) (1)Gambar yang menjelaskan sifat baka dan kadar pertumbuhan Untuk menjelaskan sifat-sifat baka dan situasi pertumbuhan, penggambaran dilakukan di hadapan baka. Gambar yang diharapkan adalah gambar yang meliputi kebanyakan sifat tetapi, sekiranya komposisi meningkat, tugas pengurus data semasa penggambaran dan selepas penggambaran bertambah, justeru, gambar hendaklah menjelaskan banyak sifat dengan komposisi yang kecil. Contoh komposisi Bunga Teluki (Carnation) Sektor eksperimen Bentuk tumbuhan Situasi pertumbuhan Tinggi tumbuhan Bilangan dahan sisi kadar lipatan daun Daun Bunga Degradasi bunga Panjang daun, bentuk daun, warna daun, kualiti lilin warna bunga, diameter bunga, bentuk bunga, bentuk sisi dan permukaan bunga. warna daun bunga, pola warna, panjang daun bunga, lebar daun bunga kuncupan, kelopak, ovari, stigma - 10 -
(2)Gambar yang menjelaskan DUS Untuk menjelaskan DUS, antara baka aplikasi dan baka bandingan atau antara jenis aplikasi dan jenis berbeza di bariskan semasa penggambaran. 1)Ada perbezaan Sekiranya ada perbezaan, penggambaran yang boleh menjelaskan perbezaan dilakukan berdasarkan keperluan. aplikasi bandingan aplikasi bandingan Contoh kes bunga baka aplikasi dan baka bandingan yang hampir sama dengan warna stigma berlainan. 2)Tiada perbezaan Sekiranya tiada perbezaan, secara umumnya, untuk penolakan rekod baka aplikasi, gambar yang menjelaskan keseragaman sifat baka aplikasi dan baka bandingan menjadi keperluan. Syarat untuk penolakan adalah boleh menjadi bukti atas kenyataan bangkangan, perlu di ambil perhatian semasa penggambaran. aplikasi bandingan aplikasi bandingan aplikasi aplikasi bandingan bandingan Kes dimana sifat baka aplikasi dan baka bandingan adalah sama - 11 -
3)Peringatan penting semasa menangkap gambar Sekiranya tiada kesamarataan, secara umumnya untuk penolakan aplikasi rekod baka, gambar khusus penghasilan situasi objek berbeza dan objek berbeza itu sendiri diperlukan. Dalam pengkhususan objek berbeza, gambar jenis aplikasi dan jenis berbeza yang tersusun diperlukan. Syarat untuk penolakan adalah boleh menjadi bukti atas kenyataan bangkangan, perlu di ambil perhatian semasa penggambaran. Penggambaran gambar yang menunjukkan situasi kemunculan objek berbeza dalam sektor eksperimen. Kiri:Jenis aplikasi Kanan:Jenis berbeza Atas:Jenis aplikasi Bawah:Jenis berbeza Atas:Jenis aplikasi Bawah:Jenis berbeza Penggambaran dengan susunan jenis aplikasi dan jenis berbeza - 12 -
(3)Perkara penting semasa menangkap gambar 1)Sifat dalam kenyataan baka dan sifat yang ditunjukkan didalam gambar mestilah seragam. Masalah yang timbul dari gambar pada laporan ujian DUS adalah kerana perbezaan antara sifat didalam kenyataan baka dan sifat dalam gambar. Dalam Variety Description di sebelah kiri, sifat no.1, tinggi tumbuhan adalah 80cm tetapi gambar menunjukkan ketinggian yang melebihi 100cm. Dalam kes ini, samada terdapat masalah dalam pemilihan object atau kesilapan semasa pengukuran. Sifat baka dan gambar tidak boleh untuk tidak konsisten. - 13 -
2)Sifat kamera Walaupun imbang putih sesuai, tidak semestinya warna semulajadi dapat dihasilkan. Oleh kerana warna yang ditunjukkan berbeza mengikut jenis kamera, warna yang dihasilkan oleh kamera hendaklah diperhatikan semasa memilih kamera. Gambar hendaklah dipastikan sejurus selepas penggambaran dan sekiranya warna semulajadi tidak dihasilkan, langkah konfigurasi semula imbang putih diperlukan. Kamera 1:Warna bukan semulajadi(kemerahan) Kamera 2:Warna semulajadi(seperti jingga) Imbang putih yang sesuai tetapi penghasilan warna yang berbeza kerana perbezaan kamera yang digunakan. - 14 -
4 Lain-lain kes komposisi tanaman (1)Contoh komposisi biasa. Strawberi(Tarikh adalah masa gambar di ambil) Denominatio Denominatio Sektor eksperimen Bentuk tumbuhan Denominatio Daun Bunga Buah pertama Buah kedua - 15 -
Keratan buah Kentang(Tarikh adalah masa gambar di ambil) Sektor eksperimen Bentuk tumbuhan Daun Bunga - 16 -
Ubi Keratan ubi Keledek(Tarikh adalah masa gambar di ambil) Sektor eksperimen Daun Keadaan ubi Bentuk umbi dan warna isi - 17 -
Warna isi selepas kukusan Soya(Tarikh adalah masa gambar di ambil) Bentuk tumbuhan(tuaian pod muda) Sektor eksperimen(tuaian pod muda) Daun Bunga - 18 -
Keadaan tuaian(tuaian pod muda) Keadaan pod(tuaian pod muda) Sektor eksperimen(tuaian buah) Keadaan tuaian(tuaian buah) Keadaan pod(tuaian buah) Buah - 19 -
Buah(zoom) Salad(Tarikh adalah masa gambar di ambil) Bentuh Tumbuhan(Permukaan sisi) Bentuh Tumbuhan(Permukaan atas)) Denominatio Keadaan sfera Daun - 20 -
Denominatio Biji benih Kekwa(Tarikh adalah masa gambar di ambil) Denominatio Denominatio Sektor eksperimen Bentuk tumbuhan Denominatio Daun Denominatio Bunga - 21 -
Kelopak Mawar(Tarikh adalah masa gambar di ambil) Denominatio Sektor eksperimen Pucuk baru Tangkai(Bahagian tengah) Daun - 22 -
Ranting bunga terbuka Bunga Kelopak - 23 -
(2)Contoh komposisi yang menjelaskan pengkelasan Cili(Tarikh adalah masa gambar di ambil) A B C A B Perbandingan bentuk tumbuhan Perbandingan keadaan berbuah A B C A B C Perbandingan daun Perbandingan buah Padi(Tarikh adalah masa gambar di ambil) A A B B C C D D Perbandingan bentuk tumbuhan Perbandingan telinga padi - 24 -
A B A B Perbandingan bijirin Perbandingan beras Plum(Tarikh adalah masa gambar di ambil) A B C A B C Perbandingan dahan Perbandingan jambangan bunga A B C A B C Perbandingan bunga Perbandingan kelopak - 25 -
Plant Variety Protection Office, Intellectual Property Division, Agricultural Production Bureau 1-2-1,Kasumigaseki,Chiyoda-ku,Tokyo 100 8950,Japan C 2011 Ministry of Agriculture, Forestry and Fisheries