BAHASA JEPUN 2 (BBJ 2402) Semester Kedua 2017/2018
PENSYARAH KOD KURSUS : BBJ 2402 NAMA KURSUS : BAHASA JEPUN II NAMA PENSYARAH : DR MUHAMMAD ALIF REDZUAN E-MAIL : muhammadalif@upm.edu.my NO. TEL PEJABAT : 03-89468734 ALAMAT : JABATAN BAHASA ASING, FAKULTI BAHASA MODEN & KOMUNIKASI, 43400 UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, SERDANG, SELANGOR.
OBJEKTIF MENGINGATI KOSA KATA YANG DIGUNAKAN DALAM PERBUALAN HARIAN. MEMAHAMI PERBUALAN HARIAN YANG MUDAH MELALUI AKTIVITI MENDENGAR. MEMAHAMI PENGGUNAAN DAN PERBEZAAN PENANDA. MEMAHAMI PETIKAN PENDEK MELALUI AKTIVITI MEMBACA. MEMBINA AYAT ADJEKTIF, AYAT NAMAAN DAN AYAT NAMA SIFATAN MUDAH DENGAN MENGGUNAKAN KALA YANG BETUL. MENULIS KARANGAN PENDEK TENTANG KEHIDUPAN HARIAN.
UJIAN BERTULIS PENILAIAN UJIAN PERTENGAHAN SEMESTER MERANGKUMI UNIT 1, 2 DAN 3. MARKAH : 25 % PEPERIKSAAN AKHIR MERANGKUMI UNIT 4, 5 DAN ULANG KAJI MARKAH : 40 %
TUGASAN TUGASAN MENULIS UNIT 1 DAN 2 MARKAH : 15 % TUGASAN MEMBACA UNIT 4 DAN 5 MARKAH : 20%
UJIAN & PEPERIKSAAN AKHIR UJIAN PERTENGAHAN SEMESTER Ujian ini akan mencakupi Unit 1, 2 dan 3. Untuk ujian ini, anda perlu memahami kosa kata dan dapat membina ayat yang dipelajari dalam ketigatiga unit ini. Anda juga diuji tentang kebolehan membaca dan menulis ayat dalam HIRAGANA dan beberapa perkataan dalam KATAKANA. PEPERIKSAAN AKHIR Ujian ini mencakupi Unit 4, Unit 5 dan Bahagian Ulangkaji. Format peperiksaan akhir sama seperti ujian pertengahan semester. Pada peperiksaan ini, anda dijangkakan telah menguasai kosa kata dan struktur ayat daripada modul BBJ 2402
TUGASAN TUGASAN MENULIS Buat salinan foto lembar Latihan Menulis pada Unit 1 dan Unit 2. Kemudian tulis karangan pendek berdasarkan topik yang diberikan pada lembar yang difotokopi. Anda hendaklah menulis satu HIRAGANA pada setiap petak sebagaimana contoh yang ditunjukkan pada halaman 17 Unit 1. Cth: ちちはかいしゃいんです 52 さいです Jangan berikan ruang di antara satu perkataan dengan yang lain.
TARIKH SERAHAN TUGASAN Serahkan tugasan anda semasa perjumpaan bersemuka kali kedua diadakan. Bagi yang telah menyiapkan tugasan menulis ini lebih awal, boleh menghantar kepada Unit Tugasan UPMed atau terus kepada pensyarah menerusi alamat di atas.
Karangan Unit 1 Pilih beberapa orang daripada anggota keluarga anda dan tulis karangan tentang mereka. Gunakan kosa kata dan struktur ayat yang telah anda pelajari sebelum ini (BBJ 2401) serta dalam UNIT 1(BBJ2402). Tulis karangan anda pada halaman yang difotokopi dengan menggunakan kesemua 160 petak yang disediakan mengikut contoh di bawah. (Satu HIRAGANA satu petak). Halaman 17. Cth: ちちはかいしゃいんです 5 2 さいです
KARANGAN UNIT 2 Tulis mengenai perkara-perkara di sekitar dan di dalam rumah anda. Gunakan kosa kata dan struktur ayat yang telah anda pelajari [BBJ 2401, UNIT 1 dan UNIT 2 (BBJ2402)]. Tulis karangan anda pada halaman 47 & 48 dengan menggunakan kesemua 200 petak yang disediakan. (Satu HIRAGANA satu petak ).
Unit 1 Objektif : 1. menyatakan apa-apa yang anda / orang lain suka atau tidak suka. 2. memahami penggunaan penanda to, ni dan mo. 3. bercerita tentang keluarga anda menggunakan struktur ayat mudah.
Penggunaan suki Untuk menyatakan apa-apa yang anda suka, gunakan struktur ayat ga suki desu. Untuk menyatakan apa-apa yang anda tidak suka, gunakan struktur ayat ga suki ja arimasen. Ayat contoh m/s 8.
Penanda to dan ni Penanda to menghubungkan dua atau lebih kata nama di dalam sesuatu ayat. Ayat contoh m/s 9 dan 10. Penanda ni menunjukkan masa berlakunya sesuatu perbuatan di dalam ayat itu. Ayat contoh m/s 10 dan 11.
Penanda mo Penanda mo -1 menandakan bahawa ada seseorang atau sesuatu yang lain selain daripada kata nama 1. Ayat contoh m/s 12 Penanda mo -2 menandakan bahawa terdapat sesuatu yang lain selain daripada kata nama 2. Ayat contoh m/s 13
Unit 2 Objektif : 1. menguasai ayat yang menggunakan arimasu / imasu 2. memahami penggunaan penanda no, e dan ni 3. menyampaikan keterangan tentang lokasi / tempat sesuatu dan seseorang.
Ayat lokasi Penanda ni digunakan untuk menandakan tempat lokasi sesuatu atau sesorang. Struktur ayat ini boleh menerangkan tempat sesuatu atau seseorang berada. Jika topik ayat adalah benda, maka arimasu digunakan. Jika topik ayat adalah orang atau haiwan, maka imasu digunakan. Ayat contoh m/s 30.
Ayat kehadiran Penanda ga digunakan untuk menandakan benda atau orang yang berada di sesuatu tempat. Anda boleh menerangkan apa dan siapa berada / hadir di sesuatu tempat dengan menggunakan ayat ini. Contoh ayat m/s 33 dan 34.
Penanda no, ni dan e Penanda no ialah untuk menghubungkan dua kata nama. Kata nama pertama akan menerangkan kata nama kedua. Ayat contoh m/s Penanda ni menandakan lokasi atau kehadiran sesuatu atau seseorang. Penanda e menandakan arah datang, pergi atau kembalinya seseorang yang menjadi topik ayat.
Unit 3 Objektif : 1. menggunakan kata adjektif di dalam ayat. 2. memahami penggunaan penjodoh bilangan 3. membina dialog untuk membeli sesuatu barang di kedai.
Ayat adjektif Terdapat dua jenis kata adjektif dalam bahasa Jepun iaitu kata adjektif biasa dan kata nama sifatan. Kata adjektif i + desu. Kata adjektif kunai + desu. Kata nama sifatan + desu. Kata nama sifatan + jya arimasen. Ayat contoh m/s 59.
Kata Nama Penerang Kata adjektif + Kata nama Kata nama sifatan + na + Kata nama (Kata nama sifatan memerlukan na untuk menerangkan Kata nama. Ayat contoh m/s 61.
Pertuturan di Kedai atau di Restoren Penanda objek wo digunakan dalam struktur ayat ini. Ayat ini dituturkan di kedai atau di restoren untuk memberitahu apa-apa yang dikehendaki. Ayat contoh m/s 65
Penjodoh bilangan Terdapat banyak penjodoh bilangan dalam bahasa Jepun, tetapi hanya empat sahaja yang diperkenalkan dalam unit ini. Penjodoh bilangan ini mengalami perubahan bunyi apabila digunakan bersama-sama kata bilangan tertentu. Contoh m/s 66 / 67
Good Luck * がんばってください *